
30 Julai 2025; Bahagian Audit Dalam, Risiko dan Integriti (BADRI), YIDE telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi PMO, Yayasan Selangor bagi menjalin kerjasama strategik dan perkongsian pengalaman berkaitan tadbir urus, pematuhan, pengurusan audit dalam, risiko serta integriti.
Sesi ini membuka ruang kepada pertukaran pandangan dan amalan terbaik antara dua entiti yang komited terhadap pengukuhan nilai integriti dan tatakelola yang berkesan dalam sektor yang sama dibawah syarikat berhad menurut jaminan (CLBG). Semoga hubungan sinergi ini dapat diperkukuh demi tadbir urus yang lebih mampan dan berintegriti.
Kunjungan diketuai oleh Encik Suhaimi Bin Sulaiman; Pengurus PMO, Yayasan Selangor bersama pasukannya.