Bersama ke Arah Organisasi Bebas Rasuah
Bahagian Audit Dalam, Risiko & Integriti (BADRI), YIDE terus memperkukuh budaya kepatuhan, integriti dan tadbir urus yang baik menerusi pelaksanaan Jelajah Awareness Kepatuhan & Integriti BADRI sepanjang tahun 2026.
Program ini dilaksanakan secara berperingkat melibatkan kakitangan Ibu Pejabat YIDE serta Pusat Dialisis MAIS (PDM) melalui sesi kesedaran berkaitan Polisi Integriti YIDE, Ikrar Bebas Rasuah (IBR), Whistleblowing serta pelaksanaan MS ISO 37001 Anti-Bribery Management System (ABMS).
Antara lokasi pelaksanaan: PDM Sungai Besar
PDM Taman Melawati
PDM Bukit Jelutong
PDM Shah Alam
PDM Kuala Selangor
PDM Kapar
Ibu Pejabat YIDE
Sehingga Mei 2026, sebanyak 11 sesi awareness telah dilaksanakan dengan purata kehadiran peserta sebanyak 90%. Jelajah ini bukan sekadar sesi taklimat, malah merupakan usaha berterusan BADRI dalam membudayakan integriti sebagai amalan, kepatuhan sebagai tanggungjawab dan tadbir urus sebagai asas kepercayaan.
“Kesedaran Hari Ini, Integriti Masa Depan.”
“Zero Tolerance Toward Corruption.”
Poster Awareness Bil. 09/2026: Jelajah Kepatuhan & Integriti BADRI










