Skip to content

Infaq Dana
Anak Yatim
Infaq Dana Anak Yatim diperlukan setiap tahun RM 1 Juta bagi membiayai keperluan anak-anak yatim di 9 daerah Negeri Selangor seperti pemberian wang saku hari raya, pemberian barang keperluan asas persekolahan (Baju, Beg, Kasut dan Alat Tulis) dan pembangunan modal insan anak-anak yatim Infaq One-off
Infaq Bulanan
Infaq Dana Pembangunan Kompleks Asrama
Anak Yatim
Kompleks ini bakal menempatkan 108 anak-anak yatim/fakir miskin lelaki dalam satu masa. Kos pembangunan berjumlah RM17 juta keseluruhannya. Infaq Bulanan Infaq One-off
Infaq & Wakaf Dana
Surau Kompleks Asrama
Anak Yatim
Surau Kompleks Asrama Anak Yatim, Pulau Indah ini boleh menampung sehingga 200 orang jemaah pada satu-satu masa dan bakal memberi manfaat kepada penghuni asrama anak yatim ini dalam pelbagai aktiviti dakwah dan majlis ilmu. Bersama kita merebut pahala berterusan dengan berwakaf dan infaq pembinaan surau ini. 1223 4010 0073 30 2626 2500 0114 39 Sumbangan boleh disalurkan atas nama YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN
Anak yatim berpelukan gembira

Fokus Utama Perkhidmatan

Hal Ehwal Anak Yatim Selangor

Setiap tahun, YIDE memperuntukkan dana sebanyak RM3 juta untuk memastikan keperluan utama kelangsungan kebajikan untuk 11,386 anak yatim di seluruh Selangor. YIDE juga memperuntukan sejumlah RM1.5 juta untuk 32 rumah kebajikan anak yatim yang di kawalselia oleh YIDE.

Rawatan Hemodialisis

YIDE menguruskan 6 cawangan Pusat Dialisis MAIS di beberapa daerah di negeri Selangor seperti Pusat Dialisis MAIS Shah Alam, Pusat Dialisis MAIS Sungai Besar, Pusat Dialisis MAIS Kapar, Pusat Dialisis MAIS Kuala Selangor, Pusat Dialisis MAIS Taman Melawati dan Pusat Dialisis MAIS Bukit Jelutong untuk menyantuni pesakit-pesakit buah pinggang.

Bantuan Musibah / Bencana

Memberi Sumbangan dan barangan secara ‘Ad-Hoc’ kepada golongan sasaran dalam bentuk kewangan tunai serta barangan keperluan harian seperti makanan dan minuman dan barang kelengkapan diri kepada mangsa-mangsa yang ditimpa musibah dan malapetaka seperti tanah runtuh, banjir,kebakaran serta kemalangan.

Kompleks Asrama Anak Yatim

Kompleks ini akan menempatkan 108 anak yatim/fakir miskin lelaki. Berkonsepkan Islamik Kontemporari, menjadikan kompleks anak yatim termoden di Selangor dengan kos pembangunan RM17 juta.

Pada 19 Ogos 2019, DYTM Raja Muda Selangor telah berkenan menyempurnakan cadangan pembangunan Kompleks Anak Yatim Pulau Indah dan melancarkan tabung wakaf khas untuk pembangunan kompleks ini.

Bangunan asrama dan pentadbiran Kompleks Anak Yatim Pulau Indah.

Pusat Dialisis MAIS

Mengurus dan mengawal selia serta klinikal di enam (6) buah cawangan Pusat Dialisis MAIS (PDM) di Shah Alam, Kapar, Kuala Selangor, Sungai Besar, Taman Melawati (Gombak) dan Bukit Jelutong (Shah Alam).

Menerapkan pengisian rohani kepada pesakit-pesakit dengan memberikan ceramah dan tazkirah oleh penceramah jemputan.

Statistik bantuan untuk tahun 2024​

Bantuan yang disalurkan untuk 3 fokus utama perkhidmatan

11,386

Anak yatim individu seliaan YIDE

32

Rumah kebajikan anak yatim seliaan YIDE

266

Pesakit buah pinggang
di PDM

RM17 juta

Pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah