Tawaran Biasiswa & Pengambilan Pelajar Ke Kompleks Asrama Yayasan Islam Darul Ehsan (KARYA Ehsan) Bagi Kemasukan Sesi 2027
Peluang pendidikan, kebajikan & penempatan secara percuma untuk anak yatim lelaki di negeri Selangor!
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mempelawa anak-anak yatim lelaki di negeri Selangor yang memenuhi syarat kelayakan untuk memohon Biasiswa & Penempatan di Kompleks Asrama Yayasan Islam Darul Ehsan (KARYA Ehsan) bagi sesi 2027.
Kemudahan yang disediakan
✅ Penginapan asrama percuma serta makan & minum ditanggung sepenuhnya.
✅ Kemudahan sekolah yang terletak bersebelahan dengan kompleks asrama.
✅ Bimbingan pembangunan sahsiah dan kerohanian.
✅ Pemantauan serta sokongan akademik pelajar.
Syarat Permohonan
✅ Warganegara Malaysia
✅ Anak kelahiran Selangor atau telah bermastautin di Selangor melebihi 3 bulan
✅ Anak kematian bapa kandung (anak yatim) atau yatim piatu
✅ Pelajar lelaki sahaja berumur 13-15 tahun pada tahun 2027 & masih bersekolah
✅ Sekurang-kurangnya lulus 3 mata pelajaran teras
✅ Pendapatan isi rumah penjaga di bawah RM5,250 (kategori B40)
✅ Anak yatim dari keluarga Asnaf berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor diutamakan
Daftar Sekarang Di https://forms.office.com/r/hThfdGqkHn
Permohonan yang berjaya akan dihubungi bagi proses temuduga & serahan dokumen.
Tertakluk kepada terma & syarat
Untuk pertanyaan sila hubungi:
En. Mohd Redzuan: 019-2295437
En. Muhammad Zubair: 017-7569476
