Skip to content

PENILAIAN ANUGERAH AIGA 2025

29 Julai 2025 ; Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), sebuah agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), telah menjalani sesi penilaian bagi Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) Tahun 2025 oleh pegawai-pegawai penilai daripada Institut Integriti Malaysia (IIM).
 
YIDE komited dalam mengamalkan tadbir urus yang baik serta menjunjung nilai integriti dan ketelusan dalam setiap aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan. Terima kasih kepada pihak IIM atas sesi yang bermanfaat ini.
 
Turut dihadiri oleh Pengurus Besar YIDE dan semua Pengurus-Pengurus Bahagian YIDE.