
YIDE ANJURKAN LAWATAN TAPAK KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM PULAU INDAH
13 Februari 2025 | Pulau Indah – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan lawatan tapak ke Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah bagi meninjau perkembangan projek pembinaan yang sedang berlangsung.
Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YBrs. Puan Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, YBrs. En. Zaharudin bin Salim, Pengarah Strategik Korporat MAIS. serta barisan kepimpinan eksekutif dan pengurusan daripada subsidiari di bawah naungan MAIS, antaranya YBrs. En. Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor, YBrs. En. Mohd Nuri bin Abdul Aziz, Pengurus Besar Kumpulan Bakti Suci Sdn Bhd, YBrs. En. Hasnul Redza Bin Abd Rahim, Pengurus Besar Terus Ekonomi Asnaf (TERAS), dan YBrs. En. Zulhizzam bin Hamzah, Pendaftar, Universiti Islam Selangor.
Lawatan ini diketuai oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE, dengan taklimat pembangunan dan perkembangan projek disampaikan oleh Pn. Wan Azrini Binti Wan Ariffin daripada Central Spectrum Sdn. Bhd.
Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah ini bakal menjadi pusat kecemerlangan yang selesa dan lengkap untuk anak-anak yatim, selari dengan usaha YIDE dalam memperkasakan kebajikan ummah.
Teruskan sokongan anda kepada projek ini! Bersama kita membina masa depan lebih cerah untuk mereka yang memerlukan.