Skip to content

PROGRAM TAKLIMAT KUPON INFAQ YATIM YIDE 2025 BERSAMA KETUA PENOLONG AMIL FITRAH DI DAERAH HULU LANGAT

PROGRAM TAKLIMAT KUPON INFAQ YATIM YIDE 2025 BERSAMA KETUA PENOLONG AMIL FITRAH DI DAERAH HULU LANGAT

9 Februari 2025, Hulu Langat – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah melaksanakan Program Taklimat Kupon Infaq Yatim 2025 dan sesi temu mesra bersama Ketua-ketua Penolong Amil Fitrah di daerah Hulu Langat, bertempat di Masjid Pekan Kajang.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Saudara Akmal Hafsyam dari Bahagian Korporat YIDE. Dalam taklimat ini, beliau menerangkan mengenai usaha bersama dalam menggerakkan Infaq demi manfaat anak-anak yatim yang berada di bawah seliaan YIDE, sama ada melalui Buku Kupon Infaq secara tunai atau Kupon Infaq Digital.

Orang ramai yang berada di daerah Hulu Langat yang berhasrat untuk melaksanakan Infaq khas untuk anak-anak yatim boleh berhubung dengan Amil-amil yang dilantik di setiap zon masjid sepanjang bulan Ramadan 1446H yang akan datang.

Pihak YIDE mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini demi kebajikan anak-anak yatim di negeri Selangor.