Skip to content

Pendaftaran Semula Anak Yatim Di Portal epayns.my Kini Dibuka!

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) merupakan agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang berperanan menyantuni kebajikan anak yatim di negeri Selangor.

Untuk makluman semua penjaga, kami telah berpindah ke sistem pendaftaran dalam talian yang baharu. Oleh itu, kami mewajibkan anak yatim yang telah berdaftar sebelum ini atau baru ingin mendaftar membuat pendaftaran di portal baharu dengan maklumat terkini dan tepat.

PENTING!
Daftar segera bagi melayakkan anak yatim menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri pada tahun hadapan.

Syarat pendaftaran:
1. Beragama Islam & warganegara Malaysia.
2. Berumur 15 tahun & ke bawah berdasarkan tarikh lahir.
3. Kematian bapa kandung sahaja.
4. Bermastautin di negeri Selangor sekurang-kurangnya 4 bulan.

Pendaftaran & kemas kini boleh dilakukan di:
Tonton video panduan penggunaan di posting Facebook YIDE
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 24 DISEMBER 2026 / 15 REJAB 1448H

Untuk maklumat lanjut, WhatsApp Pegawai Bahagian Kebajikan YIDE di:
+60 12-770 9453 / +60 12-426 9478