13 April 2020, Klang : Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini mengunjungi keluarga yang ditimpa musibah kebakaran rumah pada Sabtu yang lepas di Taman Seri Pinang, Batu Belah, Klang.
.
Di dalam kesungguhan YIDE dalam usaha mengagihkan bantuan kepada Barisan Hadapan, YIDE tetap komited membantu mereka yang ditimpa musibah dan malapetaka.
.
Kunjungan YIDE ini diketuai oleh Md. Ariffin bin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE.
.
Penghuni rumah, Zulkefli Bin Jaafar berkata kebakaran berlaku dengan cepat dan hampir 90% barang kediaman hangus terbakar. Menurut forensik bomba, kebakaran berpunca daripada litar pintas di bilik tidur utama dan kerugian dianggarkan lebih RM 80,000.00.
.
Sumbangan yang disampaikan oleh YIDE kepada keluarga berbentuk barang keperluan asas dan wang tunai. Sumbangan Ad-Hoc ini diberikan kepada mangsa bertepatan dengan salah satu fokus utama YIDE membantu mangsa yang ditimpa musibah khususnya Di Negeri Selangor.
.
Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah/malapetaka di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian Hotline YIDE ;
017 756 9476.
.
Untuk maklumat lanjut mengenai peranan YIDE, boleh menghubungi terus Ibu Pejabat YIDE di talian +603 - 5510 3931, email ke publisiti.yide@gmail.com atau layari : www.yide.com.my
#InfoYIDE #PrihatinKebajikanUmmah