KUALA LANGAT, 16 Oktober 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera membantu sekolah, surau dan individu mangsa yang ditimpa musibah ribut di sini. YIDE tampil menyampaikan sumbangan kepada institusi dan masyarakat sebaik sahaja maklumat diterima.
Â
Kesemua individu mangsa kini ditempatkan sementara di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Harmoni, Kampung Sijangkang bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terpelihara.
Â
Lawatan pada hari ini diketuai Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini merangkap Setiausaha MAIS dan diiringi En Nur Mohd Razali Bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE serta pegawai dari agensi Islam yang lain.
Â
YIDE telah menyerahkan sumbangan kepada wakil sekolah yang terlibat menggunakan dana musibah bencana alam manakala individu mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Harmoni turut menerima Tunai dan Kotak Makanan menggunakan peruntukan Fidyah MAIS.
Â
Selain itu dalam satu lagi kejadian, YIDE turut melawat Surau al-Irsyadiyah Seksyen 17, Shah Alam yang terkesan ribut dan menyerahkan sumbangan tunai kepada Timbalan Pengerusi mewakili Surau al-Irsyadiah. Sumbangan telah disampaikan oleh En Muhd Zubair Azizan selaku Pengurus Operasi Kebajikan YIDE.
Semua bantuan ini telah disempurnakan bertujuan membantu pihak sekolah, surau dan individu mangsa yang terlibat membaikpulih kerosakan yang berlaku.
Â
Â
