Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) PRIHATIN TERHADAP KEADAAN KESIHATAN ANAK YATIM

SHAH ALAM – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan ziarah prihatin bagi menyampaikan sumbangan kepada seorang anak yatim yang sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam, Selangor.
.
Adik Nur Aina Mulya binti Nurul Faiezal kini berada di bawah pemantauan Pegawai Perubatan akibat penyakit tibi kelenjar. Menurut ibunya, Puan Fazilah, keadaan Aina kini stabil namun masih perlu meneruskan rawatan dan pengambilan ubat. Aina juga perlu terus berada di hospital untuk beberapa hari bagi memastikan kesihatannya benar-benar pulih sebelum dibenarkan kembali ke sekolah.
.
Sumbangan perbelanjaan perubatan telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Haizan, Eksekutif Kebajikan YIDE kepada Aina, bagi membantu menampung kos rawatan dan keperluan harian sepanjang tempoh rawatan. Turut hadir, Cik Ain Aisya, Penolong Eksekutif Kebajikan YIDE yang turut menyantuni ibu dan anak yatim berkenaan.
.
Semoga Adik Aina dikurniakan kesembuhan yang sempurna, kesihatan yang berpanjangan serta kekuatan untuk meneruskan kehidupan seharian. YIDE sentiasa komited untuk terus menyantuni anak-anak yatim di Negeri Selangor agar mereka tidak merasa tersisih dan sentiasa mendapat perhatian sewajarnya.