Skip to content

Majlis Sumbangan Siswa Anak Yatim Ke Universiti 2025

27 September 2025 | Ar Rawsha, Seksyen 7, Shah Alam
.
Alhamdulillah, Majlis Sumbangan Siswa Anak Yatim Ke Universiti anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah berlangsung dengan penuh bermakna. Ini merupakan edisi ketiga sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2023.
.
Tahun ini, seramai 40 orang pelajar anak yatim yang akan melangkah ke menara gading telah menerima sumbangan sebanyak RM500 seorang – sebagai suntikan semangat dan sokongan dalam permulaan perjalanan akademik mereka. 🎓
.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE, yang turut menyampaikan amanat dan harapan buat para pelajar.
.
Turut memeriahkan majlis, Dr. Abdul Hadi Bin Samsi telah menyampaikan sesi taklimat motivasi yang cukup menyentuh hati dan membakar semangat, khusus buat anak-anak yatim yang hadir. Pesanan beliau agar terus tabah, berdikari dan menuntut ilmu dengan penuh keazaman jelas terpahat di wajah para pelajar yang terinspirasi.
.
🌟 Program ini mencerminkan komitmen YIDE dalam membela nasib anak-anak yatim bukan sahaja dari aspek kebajikan, malah dalam membina masa depan yang cerah melalui pendidikan.
.
Terima kasih kepada semua penyumbang dan mereka yang terus menyokong usaha murni ini. Semoga segala sumbangan dan usaha kita diberkati Allah SWT. 🤲
.