Skip to content

WACANA IHSAN YIDE : “Kasih Anak Yatim, Bukti Cinta Rasul”

Alhamdulillah, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan kerjasama Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah, Denai Alam telah berjaya menganjurkan Wacana Ihsan YIDE sempena Bulan Anak Yatim dan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
 
📅 Tarikh: 9 September 2025 (Selasa)
🕰 Masa: 7.45 malam
🎙 Penceramah Jemputan: PU Dr. Hafiz Haneefa
📍 Lokasi: Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah, Denai Alam
 
Wacana ini diadakan bagi menghayati kisah perjuangan Rasulullah SAW sebagai seorang anak yatim dan menzahirkan rasa kasih sayang serta kepedulian terhadap golongan yang memerlukan.
Antara pengisian utama wacana ini ialah:
 
✅ Mengupas kisah perjuangan Rasulullah SAW sebagai anak yatim
✅ Menyedari keutamaan menyantuni anak-anak yatim
✅ Menyuburkan nilai ihsan, kasih sayang, dan kepedulian dalam masyarakat
 
Kehadiran para jemaah yang memenuhi ruang masjid memeriahkan lagi suasana wacana ilmu ini. Semoga segala perkongsian yang disampaikan oleh PU Dr. Hafiz Haneefa dapat memberi manfaat, menambah kefahaman, dan meningkatkan rasa kasih sayang sesama insan.
 
YIDE mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong usaha kami. Semoga usaha murni ini menjadi asbab keberkatan serta dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
 
📌 Ikuti terus program-program YIDE seterusnya dan bersama-sama kita menyantuni anak-anak yatim dengan penuh kasih dan ihsan.