Skip to content

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ANAK-ANAK YATIM NEGERI SELANGOR 1447H/2025

Shah Alam, 5 September 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan kerjasama Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong telah menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul Anak-Anak Yatim Negeri Selangor 1447H/2025 yang menghimpunkan hampir 500 anak-anak yatim daripada 23 Rumah Kebajikan di bawah naungan YIDE.
.
Program dimulakan dengan Majlis Selawat Bersama Anak-Anak Yatim yang disusuli dengan tausiyah oleh Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre. Sesi ini menyuntik roh kecintaan kepada Rasulullah SAW serta memberikan motivasi mendalam kepada anak-anak yatim agar terus kuat melangkah dalam kehidupan.
.
Turut hadir memeriahkan majlis:
– YBrs. Tuan Haji Mohd Salim bin Mohd Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE
– YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE
– Al Fadhil Ustaz Abas bin Muhammad Yusof, Pengurus Masjid Tengku Ampuan Jemaah
– Barisan pengurusan YIDE & Masjid Tengku Ampuan Jemaah
– Wakil-wakil pengurusan Rumah Kebajikan Anak Yatim Negeri Selangor
.
Pengisian diteruskan dengan Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) dan acara kemuncak iaitu Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1447H pada keesokan harinya.
.
Menutup program, diadakan sesi bersalaman bersama anak-anak yatim sebagai tanda kasih sayang, perhatian dan penghargaan kepada mereka. Saat penuh syahdu ini menggambarkan betapa pentingnya sokongan masyarakat dalam membina keyakinan serta masa depan mereka.
.
Kempen Bulan Anak Yatim YIDE 1447H terus melakar sejarah dengan pelbagai pengisian ilmiah, rohani dan kebajikan demi membina generasi anak-anak yatim yang cemerlang di Negeri Selangor.