
Pada 28 Ogos 2025, pihak Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah mengadakan lawatan tapak ke projek pembinaan Pusat Dialisis LZS-YIDE di Masjid Ar-Raudhah, Puncak Perdana. Lawatan ini diadakan susulan daripada keputusan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YIA Bil. 2/2024, yang telah meluluskan sumbangan berjumlah RM500,000 bagi tujuan pembangunan projek tersebut.
.
Dalam lawatan berkenaan, pihak YIA diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif YIA, YBrs. Dr. Mohd Azlan bin Yahya telah disambut oleh Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), YBrs. Nur Mohd Razali bin Abdullah, serta Pengurus Bahagian Perancangan & Pengurusan YIDE, Encik Md. Arifin bin Jaafar serta wakil Pengurusan Masjid Ar-Raudah.
.
YIDE amat menghargai sokongan dan kerjasama erat daripada YIA dalam menjayakan projek ini yang bakal memberi kemudahan rawatan dialisis kepada masyarakat setempat. Semoga usaha ini menjadi amal soleh dan manfaat berterusan kepada semua pihak yang terlibat.