Skip to content

KESURYA 2025 -YIDE | SUKAN, SEMANGAT & UKHUWAH ANAK YATIM DI NEGERI SELANGOR

Kuala Selangor, 30 Ogos 2025 – Lebih 600 anak yatim daripada 35 buah Rumah Kebajikan Anak Yatim di bawah naungan YIDE telah berhimpun dalam Kejohanan Sukan Rumah Kebajikan Anak Yatim Negeri Selangor (KESURYA) 2025
.
Sepanjang kejohanan yang berlangsung, para hadirin telah menyaksikan pelbagai acara sukan iaitu 48 acara balapan dan 32 acara padang dengan penuh semangat kesukanan, daya juang dan ukhuwah antara anak-anak yatim Negeri Selangor yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
.
Kejohanan ini bukan sahaja mencungkil bakat dan potensi, malah turut mengasah daya saing, memperkukuh kerjasama serta menanam ketahanan mental & fizikal – nilai penting dalam pembentukan sahsiah generasi akan datang.
.
KESURYA 2025 juga merupakan salah satu pengisian utama Bulan Anak Yatim YIDE 1447H/2025, yang berlangsung dari 25 Ogos hingga 24 September 2025, dengan pelbagai program kebajikan, pendidikan, kerohanian dan pembangunan sahsiah.
.
Dalam majlis penuh bermakna ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut tampil menyokong dengan sumbangan berjumlah RM996,000 kepada 35 buah Rumah Kebajikan Anak Yatim yang bernaung di bawah YIDE. Sumbangan ini melambangkan komitmen LZS dalam memastikan kelangsungan kebajikan, pendidikan, dan pembangunan sahsiah anak-anak yatim.
.
Majlis penutup kejohanan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Mazlan bin Mansor, Pengerusi YIDE merangkap Timbalan Pengerusi MAIS, yang turut menyempurnakan penutupan rasmi KESURYA 2025 serta merasmikan pelancaran Bulan Anak Yatim YIDE Tahun 2025.
.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato’ Haji Bedolah Bin Botok, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, YBrs. En. Nur Mohd Razali Bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE serta YBrs. Tuan Md Yusmizan Bin Yusuf, Timbalan Ketua Divisyen Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor.
.
Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan daya juang tinggi – sama ada meraih pingat mahupun tidak, kalian adalah JUARA SEBENAR di mata kami!
.
Terima kasih kepada semua pihak, khususnya rumah-rumah kebajikan anak yatim, sukarelawan, penyumbang, dan Lembaga Zakat Selangor, yang terus bersama YIDE menjayakan usaha membina masa depan gemilang anak-anak yatim Negeri Selangor.