Skip to content

KEMPEN BULAN ANAK YATIM: YIDE MULAI DENGAN ZIARAH MAHABBAH ANAK YATIM DI SHAH ALAM

Sempena Kempen Bulan Anak Yatim, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah berkunjung bagi menyantuni Puan Norhasliza, seorang ibu tabah yang membesarkan lima orang anak yatim bagi menyara kehidupan keluarganya. Beliau kini menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan membuka gerai nasi lemak berhampiran Masjid Seksyen 7, Shah Alam termasuk menyediakan khidmat katering mengikut permintaan.
.
Pemergian arwah suami beliau pada pertengahan 2024 meninggalkan 5 orang anak yang masih hersekolah. Kini tanggungjawab menyara keluarga diatas bahu beliau disamping mencukupkan keperluan harian keluarga.
.
Dalam kunjungan tersebut, YIDE telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap keluarga tersebut. YIDE turut membeli semua juadah yang dijual lalu mengedarkan kepada orang ramai bagi tujuan promosi dan menggalakan orang ramai memberi sokongan selepas ini dengan membeli juadah yang di jual.
.
YIDE turut mengajak masyarakat agar terus mengamalkan budaya infaq dan sedekah, kerana setiap sumbangan yang diberi mampu menjadi sumber kekuatan dan harapan buat mereka yang memerlukan.