
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Al Khair Malaysia yang diketuai oleh YBrs. Puan Dienna Mardzi, Pegawai Kanan Al Khair, disambut mesra oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE.
.
Pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada perbincangan strategik bagi membina potensi sinergi dalam usaha menyantuni anak-anak yatim di Negeri Selangor, khususnya dalam aspek kelangsungan kebajikan, pendidikan dan pembangunan sahsiah.
.
Semoga jalinan kerjasama ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk memastikan anak-anak yatim terus menerima kasih sayang, bimbingan, dan peluang masa depan yang cerah.
.