
28 Julai 2025 | Shah Alam
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Salim bin Mohamed Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, bersama Pengurus Besar YIDE, YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Razali, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor.
Dalam pertemuan ini, YIDE telah berkongsi peranan dan tanggungjawabnya dalam menyantuni anak-anak yatim, menyokong pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan di Pusat Dialisis MAIS serta membantu mangsa yang ditimpa musibah di seluruh negeri Selangor.
YIDE juga berkongsi perkembangan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah, yang bakal menjadi pusat kecemerlangan dan pembangunan holistik anak-anak yatim — sebuah inisiatif jangka panjang demi melahirkan generasi cemerlang dari kalangan anak yatim.
Terima kasih kepada YB Datuk Dr. Haniff atas kesudian menerima kunjungan dan sokongan terhadap usaha-usaha kebajikan yang dijalankan oleh YIDE demi manfaat ummah di Selangor.