Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) SANTUNI MANGSA KEBAKARAN DI GOMBAK

.

GOMBAK, 21 Julai 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyantuni Puan Rosalia Huda binti Mohd Isa, selaku mangsa insiden kebakaran di sini. Kebakaran tersebut telah memusnahkan keseluruhan rumahnya beliau di Kampung Kerdas 3, Gombak.
.
Kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 12.00 tengah hari disedari oleh mangsa yang berada di dalam rumah turut ketika kejadian. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca kejadian.
.
Sebagai tanda keprihatinan, YIDE telah menghulurkan sumbangan berupa bantuan kewangan dan pek prihatin kepada keluarga Puan Rosalia Huda. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Zubair bin Azizan, Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan YIDE.
.
YIDE turut menyeru masyarakat agar sentiasa berwaspada serta mengambil langkah-langkah keselamatan di kediaman masing-masing bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.