Skip to content

YIDE TERIMA PENGHARGAAN DARI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT SEBAGAI RAKAN STRATEGIK JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

BANGI, 1 Julai 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) melakar satu lagi kejayaan apabila menerima Sijil Penghargaan Rakan Strategik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam Majlis Apresiasi Rakan Strategik JKM Tahun 2025 yang berlangsung pada 1 Julai 2025 di Bangi Resort Hotel.
.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noriani binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
.
Bagi pihak YIDE, Encik Nur Mohd Razali, Pengurus Besar YIDE, hadir menerima penghargaan tersebut sebagai pengiktirafan atas komitmen dan kerjasama erat YIDE bersama JKM dalam memperkasa agenda kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.
.
Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi YIDE dalam menyantuni golongan yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif strategik yang dilaksanakan bersama rakan-rakan agensi kerajaan. Ia juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI ke arah masyarakat penyayang, inklusif dan sejahtera.
.
YIDE komited selaku institusi kebajikan yang aktif dan berkesan dalam memacu usaha pembangunan sosial, khususnya di negeri Selangor dan umumnya di Malaysia.