Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN SEGERA SANTUNI MANGSA KEBAKARAN DI KG. SAWAH SEMPADAN

27 Mei 2025 | Tanjung Karang – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah segera menyantuni dan menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor.
.
Menurut mangsa, En. Zulhadi, kebakaran disedari oleh keluarganya sekitar waktu Zuhur apabila terlihat kepulan asap dari bahagian hadapan rumah. Api kemudiannya merebak dengan pantas ke seluruh rumah. Isteri beliau serta kedua ibu bapanya yang uzur berjaya diselamatkan dengan bantuan jiran tetangga yang prihatin.
.
Sumbangan musibah kebakaran disampaikan oleh En. Mohammad Haizan, Eksekutif Kebajikan YIDE, kepada En. Zulhadi sekeluarga sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap ujian yang menimpa mereka.
.
YIDE turut merakamkan penghargaan kepada Tok Aini, Ketua Kampung Blok EQSW, Sawah Sempadan, atas maklumat awal dan kerjasama yang diberikan.
.
YIDE menyeru masyarakat agar terus mengamalkan budaya infaq dan sedekah kerana setiap sumbangan anda mampu membawa sinar harapan kepada mereka yang ditimpa musibah.
Â