Skip to content

PROGRES TERKINI PEMBINAAN KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM PULAU INDAH

Kemaskini: 23 Mei 2025
.
Alhamdulillah, progres kerja-kerja pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah kini telah mencapai 70%! Fasa minggu ini melibatkan kesinambungan pembinaan fasiliti utama seperti Asrama, Surau, Dewan Serbaguna, Gelanggang Permainan serta Arena Kiosk.
.
Projek ini berjalan mengikut jadual dan disasarkan siap sepenuhnya menjelang hujung Januari 2026. Namun begitu, sebanyak RM5.7 juta dana masih diperlukan bagi melengkapkan pembinaan kompleks ini.
.
YIDE mengajak seluruh rakyat Malaysia samada individu, agensi, syarikat korporat, komuniti, pertubuhan, serta jemaah masjid untuk bersama-sama menyumbang dan menyokong usaha murni ini.
.
Jadilah sebahagian daripada mereka yang membina tempat kecemerlangan dan harapan buat anak-anak yatim ini.