Skip to content

LAWATAN TAPAK KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM PULAU INDAH BERSAMA WARGA KERJA YIDE

26 Mac 2025 | Pulau Indah – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan lawatan tapak ke Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah bagi meninjau perkembangan projek pembinaan yang sedang berlangsung.
.
Lawatan ini diketuai oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan telah disertai oleh seluruh warga kerja ibu pejabat YIDE
.
Taklimat pembangunan dan perkembangan projek disampaikan oleh wakil daripada pihak Zone Pave Builder Sdn Bhd. Melalui pemakluman daripada pihak Zone Pave Builder, progres pembangunan kompleks ini menghampiri 65%
.
Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah ini bakal menjadi pusat kecemerlangan yang selesa dan lengkap untuk anak-anak yatim, selari dengan usaha YIDE dalam memperkasakan kebajikan ummah.
.
Teruskan sokongan anda kepada projek ini! Bersama kita membina masa depan lebih cerah untuk mereka yang memerlukan.