
PUSAT DIALISIS MAIS CAWANGAN SHAH ALAM, SANTUNI ANAK YATIM DI TAMAN ALAM BUDIMAN.
.
20 Mac, Shah Alam – Wakil daripada Pusat Dialisis MAIS Cawangan Shah Alam telah mengadakan kunjungan ke kediaman sebuah keluarga di Taman Alam Budiman. Penjaga keluarga tersebut merupakan seorang suri rumah yang membesarkan empat orang anaknya yang masih bersekolah, iaitu Nur Khasif Hanan (15 tahun), Muhammad Sayyid Uwais (12 tahun), Muhammad Sayyid Thaahaa (10 tahun), dan Nur Hanna Yusra (8 tahun).
.
Sebagai tanda keprihatinan sempena bulan Ramadan yang mulia, YIDE telah menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas serta saguhati bagi membantu meringankan beban keluarga ini. Inisiatif ini dapat direalisasikan hasil daripada sumbangan orang ramai, membolehkan YIDE terus menyantuni golongan yang memerlukan dan memberi sokongan dalam persiapan menjalani ibadah puasa sehingga menjelang Aidilfitri.