
20 Mac – Alhamdulillah, satu inisiatif kebajikan telah berjaya dilaksanakan oleh kakitangan Pusat Dialisis MAIS Cawangan Sungai Besar. Program gotong-royong ini melibatkan semua kakitangan dalam penyediaan hidangan berjumlah kira-kira 250 bungkusan bubur, menggunakan 7 kilogram beras.
.
Agihan makanan telah disalurkan kepada pesakit dialisis, penduduk sekitar, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), pusat dialisis lain, pelanggan dobi berhampiran, serta penjaga murid-murid PASTI yang berdekatan.
.
Semoga inisiatif ini dapat memberikan manfaat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti. Pihak kami merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.