Skip to content

PELANTIKAN SAHABAT KOLABORASI PENDANAAN KOMPLEKS ANAK YATIM PULAU INDAH YIDE 2025

Pelantikan Sahabat Kolaborasi Pendanaan KAYPI YIDE 2025
.
Bersempena Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim bersama DYTM Raja Muda Selangor di Daerah Kuala Selangor pada 16 Mac 2025 di Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam, YIDE dengan penuh penghargaan melantik Al Bayan Global Sdn Bhd sebagai Sahabat Kolaborasi Pendanaan KAYPI YIDE 2025.
.
Sijil pelantikan telah disampaikan oleh DYTM Raja Muda Selangor kepada YBhg. Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan, Pengerusi Eksekutif Al Bayan Global Sdn Bhd sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka dalam usaha sinergi ini.
.
Pelantikan ini merupakan langkah besar dalam menyokong publisiti dan pendanaan bagi pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah, yang bakal menjadi pusat kecemerlangan dan melahirkan anak-anak yatim yang berdaya saing. Semoga dengan kerjasama ini, lebih ramai anak-anak yatim mendapat manfaat dan keberkatan.

Terima kasih atas sokongan semua pihak!