Skip to content

YIDE MELANTIK DR. FATIMAH SYARHA SEBAGAI SAHABAT DAKWAH YIDE

Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Bersama D.Y.T.M. Raja Muda Selangor & Pelantikan Sahabat Dakwah YIDE
.
Bersempena Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim bersama DYTM Raja Muda Selangor di Daerah Kuala Selangor pada 16 Mac 2025 di Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam, YIDE dengan penuh penghargaan melantik Dr. Fatimah Syarha sebagai Sahabat Dakwah YIDE.
.
Pelantikan ini adalah satu langkah besar dalam usaha menyebarluaskan inisiatif YIDE demi kebajikan dan manfaat para penerima bantuan. Semoga dengan kerjasama ini, lebih ramai yang mendapat manfaat dan keberkatan.
.
Terima kasih atas sokongan anda! 💙