Skip to content

YIDE PERKUKUH INTEGRITI DAN TADBIR URUS BERSAMA SPRM NEGERI SELANGOR

BADRI telah mengadakan Sesi Awareness Kepatuhan dan Integriti Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YIDE Bersama SPRM Negeri Selangor dalam Mesyuarat ALPA Bil.01/2025 pada 12 Mac 2025. Awareness ringkas ini memberikan pencerahan berkaitan tentang Liabiliti Korporat (Seksyen 17(A)), Konflik Kepentingan, dan peranan CeIO kepada organisasi yang telah disampaikan oleh YBrs. PPj Tuan Azuan Bin Adzhar ; Ketua Cawangan Penyiasatan Tatakelola SPRM Negeri Selangor.

Mesyuarat ALPA YIDE telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mazlan Bin Mansor merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor.

Ini merupakan inisentif BADRI dalam usaha memantapkan Integriti dan Tadbir Urus YIDE yang merupakan agensi dibawah Majlis Agama Islam Selangor.