Alhamdulillah, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan kerjasama Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah, Denai Alam telah berjaya menganjurkan Wacana Ihsan YIDE sempena Bulan Anak Yatim dan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Wacana ini diadakan bagi menghayati kisah perjuangan Rasulullah SAW sebagai seorang anak yatim dan menzahirkan rasa kasih sayang serta kepedulian terhadap golongan yang memerlukan.
Antara pengisian utama wacana ini ialah:
Kehadiran para jemaah yang memenuhi ruang masjid memeriahkan lagi suasana wacana ilmu ini. Semoga segala perkongsian yang disampaikan oleh PU Dr. Hafiz Haneefa dapat memberi manfaat, menambah kefahaman, dan meningkatkan rasa kasih sayang sesama insan.
YIDE mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong usaha kami. Semoga usaha murni ini menjadi asbab keberkatan serta dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
