
21 Februari 2025, Pulau Indah – Progres pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah minggu ini merupakan kesinambungan kerja untuk pembinaan fasiliti utama seperti Asrama, Surau, Dewan Serbaguna, Gelanggang Permainan dan Arena Kiosk.
Pembangunan ini telahpun mencapai progres 61% dan akan berlangsung mengikut jadual. Baki dana sejumlah RM6.1 juta masih perlu diusahakan untuk merealisasikan kompleks ini tersedia pada hujung Januari 2026.
YIDE menyeru kebersamaan orang ramai, agensi, syarikat korporat, komuniti, pertubuhan dan kumpulan jemaah masjid-masid bagi menyokong dan merealisasikan inisiatif murni ini agar kompleks ini segera disiapkan.