Skip to content

JELAJAH TAKLIMAT KUPON INFAQ YATIM YIDE 2025 BERSAMA KETUA PENOLONG AMIL FITRAH DI DAERAH SEPANG

JELAJAH TAKLIMAT KUPON INFAQ YATIM YIDE 2025 BERSAMA KETUA PENOLONG AMIL FITRAH DI DAERAH SEPANG

16 Februari 2025, Kuala Selangor – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah melaksanakan Program Taklimat Kupon Infaq Yatim 2025 dan sesi temu mesra bersama Ketua-ketua Penolong Amil Fitrah di daerah Kuala Selangor, bertempat di Masjid Masjid Jamek Sultan Ibrahim.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Zabidi bin Azhar, Eksekutif Dakwah dan Pemasaran YIDE. Dalam taklimat ini, beliau menerangkan mengenai usaha bersama dalam menggerakkan Infaq demi manfaat anak-anak yatim yang berada di bawah seliaan YIDE, sama ada melalui Buku Kupon Infaq secara tunai atau Kupon Infaq Digital.

Orang ramai yang berada di daerah Kuala Selangor yang berhasrat untuk melaksanakan Infaq khas untuk anak-anak yatim boleh berhubung dengan Amil-amil yang dilantik di setiap zon masjid sepanjang bulan Ramadan 1446H yang akan datang.

Pihak YIDE mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini demi kebajikan anak-anak yatim di negeri Selangor.