Skip to content

KUNJUNGAN TUAN MOHAMED YUSUF BIN KATRI KE TAPAK PEMBANGUNAN KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM PULAU INDAH

14 Februari 2025, Pulau Indah – Hari ini, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) berbesar hati menerima kunjungan dari Tuan Mohamed Yusuf bin Katri yang datang dari Jengka, Pahang. Beliau turut hadir bersama anaknya untuk melihat sendiri perkembangan tapak pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim di Pulau Indah, Klang.
.
Dalam lawatan tersebut, beliau berpeluang melihat secara dekat kemajuan infrastruktur yang telah dibangunkan, termasuk Surau, Blok Asrama, Dewan Serbaguna, Arena Kiosk, dan pelbagai fasiliti lain yang kini telah mencapai tahap 61% siap dan sudi memberi sumbangan bagi membantu kesiapan projek demi kelangsungan kebajikan anak-anak yatim yang bakal ditempatkan di sini bagi kecemerlangan pembangunan diri.
.
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan projek ini, yang pastinya akan memberi manfaat kepada ramai anak-anak yatim di masa hadapan.
.
Orang ramai yang berhasrat untuk melawat dan melihat progres pembangunan Kompleks ini bolehlah menghubungi talian 0177569478 (Saudara Akmal Hafsyam).