Skip to content

SIRI 2: LAWATAN KERJA DAN KOLABORASI YIDE KE INSTITUSI KEMANUSIAAN HAYRAT YARDIM, TURKIYE

SIRI 2: LAWATAN KERJA DAN KOLABORASI YIDE KE INSTITUSI KEMANUSIAAN HAYRAT YARDIM, TURKIYE

17 Januari 2025, Instanbul – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan lawatan kerja seterusnya ke institusi kemanusiaan Hayrat Yardim bagi menjalin kerjasama dua hala dalam usaha membantu pembangunan kebajikan anak-anak yatim dan penerima manfaat lain, termasuk pesakit yang mendapatkan rawatan dialisis di pusat-pusat dialisis di bawah seliaan YIDE di Selangor.
 
Delegasi YIDE yang terlibat dalam lawatan kerja ini termasuklah Tuan Haji Mohd Salim bin Mohamed Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Prof. Dr. Azreen Syazril bin Adnan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE, En. Mohd Akmal Hafsyam bin Ghazali, Pengurus Korporat YIDE dan En. Mohammad Haizan bin Mohd Rozi, Eksekutif Kebajikan YIDE.
 
Selain itu, YIDE turut berkongsi inisiatif-inisiatif yang akan datang seperti projek pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah, ‘Mobile Dialysis Center’ dan ‘Mobile Clinic’ bagi memudahkan akses kepada penerima manfaat di kawasan luar bandar.
 
Majlis lawatan kerja ini turut menyaksikan upacara menandatangani ‘Collaboration Statement’ yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak, YIDE yang diwakili oleh En. Nur Mohd Razali bin Abdullah dan Hayrat Yardim yang diwakili oleh En. Yusuf, Timbalan Presiden Hayrat Yardim. Ini sebagai tanda kesefahaman dalam melaksanakan pelan kebajikan bersama.
 
Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada penerima manfaat, terutamanya di negeri Selangor.