YIDE MENGADAKAN LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN ANAK YATIM ASNAF NEGERI SELANGOR KE BAIT AL HASANAH
13 January 2025
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
13 Januari 2025, Klang – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan kerja ke Bait Al Hasanah, Klang bagi mengadakan taklimat dan perbincangan mengenai Pengurusan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim. Perbincangan ini juga meliputi pembangunan model pengurusan dan modul penjagaan kebajikan serta pembangunan pendidikan untuk anak-anak yatim dan asnaf.
Â
Sesi perkongsian ini diadakan sebagai penanda aras bagi Pengurusan Operasi Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah yang dijangka siap kelak.
Delegasi YIDE yang diketuai oleh En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE telah disambut mesra oleh Puan Siti Norkhayati Binti Rabani, Ketua Jabatan Institusi, Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Â
Semoga usaha ini dapat memperkasa pengurusan kebajikan anak-anak yatim di bawah naungan YIDE dan memberi peluang yang lebih cerah untuk masa depan mereka!