Skip to content

ANAK YATIM KANSER TERIMA SUMBANGAN YIDE

ANAK YATIM KANSER TERIMA SUMBANGAN YIDE

HOSPITAL KUALA LUMPUR, 8 Januari 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) sentiasa prihatin terhadap kebajikan anak-anak yatim di Negeri Selangor. Sebagai tanda sokongan, YIDE telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Muhammad Harith Al Ameen bagi meringankan beban perbelanjaan harian dan kos rawatan perubatan di hospital.
 
Puan Ayu Yusnita, ibu kepada Muhammad Harith Al Ameen, remaja berusia 15 tahun, berkongsi kisah bagaimana anaknya mula mengalami kesakitan pada bahagian tulang pinggul. Setelah menjalani pemeriksaan lanjut di hospital, pakar mengesahkan bahawa Harith menghidap kanser tulang pinggul. Proses pembedahan telah dijalankan, dan kini Harith berada dalam keadaan stabil serta menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
 
YIDE diwakili Pengurus Operasi Kebajikan YIDE telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kewangan bagi menapung sebahagian kos perbelanjaan yang dianggarkan berjumlah RM 40,000.00 kepada adik Harith disaksikan ibu beliau sebagai tanda keprihatinan YIDE dan masyarakat terhadap keluarga tersebut.