SHAH ALAM, 3 November 2018 - Yayasan Islam Darul Ehsan dengan Kerjasama Selangor Youth Community - SAY Community serta usaha sama Starvillion meraikan anak-anak yatim dibawah seliaan YIDE. Program 'Back To School' melibatkan 500 anak yatim dari 12 buah rumah kebajikan yang berdaftar dengan YIDE. YIDE menjunjung kasih atas kesudian DYTM Raja Muda Selangor - RMS berkenan berangkat bagi menyantuni anak-anak yatim ini. Antara lain, YIDE juga menyediakan rawatan hemodialisis melalui 6 cawangan Pusat Dialisis MAIS. YIDE sebuah agensi dibawah MAIS yang menjalankan tanggungjawab sosial khususnya menjaga hal ehwal anak yatim dan menyalurkan bantuan musibah malapetaka. Turut hadir Tn. Hj. Mohd Salim Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Dr. Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif SAY, Mr Tommy Bisok dan Zaiferez Zainal Pengurus Kanan SAY.


