Skip to content

Program Perarakan Sempena Maulidur Rasul 1447H Bersama Anak-Anak Yatim Negeri Selangor Anjuran YIDE

📍 Tarikh: 6 September 2025
📍 Lokasi: Bukit Jelutong, Shah Alam
.
Kesinambungan daripada Majlis Berselawat Bersama Anak Yatim YIDE yang telah diadakan pada 5 September 2025 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, program perarakan ini membawa semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW.
.
Hampir 500 anak yatim daripada 23 buah Rumah Kebajikan Anak Yatim di bawah naungan YIDE menyertai perarakan ini, berganding bahu bersama dalam menghidupkan syiar Islam serta menzahirkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
.
Turut hadir meraikan anak-anak yatim pada program ini:
✅ YBrs. Tuan Haji Mohd Salim bin Mohamed Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE
✅ YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE
✅ Barisan Pengurusan YIDE
.
Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah pasukan terbaik perarakan yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Salim bin Mohamed Sain:
🏆 Johan – Rumah Kasih Harmoni
🥈 Naib Johan – Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Serendah
🥉 Tempat Ketiga – Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash Shakur (PEKEAS)
.
Selain itu, majlis juga menyaksikan penyerahan cek cura Agihan Fidyah untuk Belanja Wang Saku Anak-Anak Yatim dengan jumlah peruntukan sebanyak RM500,000, diserahkan oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah kepada Puan Halimaton Saadiah binti Mohd Nawawi, wakil Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan, bagi pihak Rumah-Rumah Kebajikan Anak Yatim yang lain.
.
“Sesungguhnya kasih sayang dan kebersamaan inilah yang ditunjukkan Rasulullah SAW dalam sirah perjuangan Baginda. Semoga usaha ini terus menyemarakkan semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW serta memperkukuhkan komitmen kita dalam menyantuni anak-anak yatim di negeri ini,” ujar Tuan Haji Mohd Salim bin Mohd Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE semasa majlis penutup program ini.