Skip to content

KULIAH DHUHA KHAS: Kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) & Masjid Kampung Sementa

Tarikh: 2 September 2025
Lokasi: Masjid Kampung Sementa, Klang
.
Alhamdulillah, pada 2 September 2025 (Selasa), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan kerjasama Masjid Kampung Sementa telah berjaya menganjurkan Program Kuliah Dhuha Khas bersempena Bulan Anak Yatim Negeri Selangor.
.
Program ini bertujuan untuk menyemarakkan penghayatan ilmu agama, menyantuni masyarakat setempat, dan memperkukuhkan ukhuwah antara YIDE dengan komuniti.
.
Antara pengisian utama program:
1. Penerangan tentang beberapa tokoh wanita penghulu syurga
2. Perkongsian ilmu tentang kepentingan memelihara anak-anak yatim
3. Motivasi untuk meningkatkan amalan di bulan kelahiran Rasulullah SAW
.
Kehadiran lebih daripada 1000 orang jemaah melibatkan ahli kariah masjid dan pelajar sekolah serta muslimat daripada Hulu Klang yang telah memeriahkan suasana majlis.
.
YIDE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Masjid Kampung Sementa, para jemaah, serta semua penyumbang yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini menjadi saham jariah yang berpanjangan dan diberkati oleh Allah SWT.