Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI GOMBAK

Gombak, 4 Ogos 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah segera menyantuni empat keluarga di Kampung Changkat Damai, Gombak yang terjejas akibat insiden kebakaran. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
.
Insiden kebakaran tersebut telah mengakibatkan kerosakan serius pada beberapa buah rumah, termasuk perabot utama, peralatan elektrik serta kebanyakan barangan peribadi yang turut musnah.
.
Sebagai tanda solidariti dan keprihatinan, YIDE melalui Ketua Sahabat Prihatin YIDE (K-SPY) Ust Aznil merangkap Pengurus Masjid As-Syakirin telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 4 ketua keluarga tersebut iaitu Encik Muhd Noor, Puan Rasidah, Encik Ahmad Nazri serta Encik Mohammad Amin.
.
YIDE mendoakan agar seluruh keluarga yang terkesan dipermudahkan segala urusan serta terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
.
YIDE turut menyeru seluruh masyarakat untuk terus membudayakan amalan infaq dan sedekah. Setiap sumbangan yang dihulurkan mampu memberikan sinar harapan dan makna yang besar kepada mereka yang sedang diuji serta memerlukan bantuan.