Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) SANTUNI MANGSA KEBAKARAN RUMAH, KAMPUNG MELAYU SUBANG

SUBANG, 16 Julai 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyantuni Encik Muhammad bin Nordin selaku mangsa kebakaran melibatkan dua buah rumah di sini.
 
Kebakaran yang berlaku sekitar jam 2.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada tindakan seorang jiran yang membakar sesuatu di halaman rumahnya. Kebakaran belaku dengan cepat sehingga merebak dan memusnahkan dua buah rumah bersebelahan. Mangsa kini menumpang bersama ahli keluarga yang lain dan merancang menyewa di rumah sekitar.
 
Sebagai tanda keprihatinan, YIDE telah menghulurkan sumbangan berupa pek prihatin dan bantuan kewangan kepada kedua-dua keluarga. Sumbangan telah diserahkan oleh Encik Tan Nasrullah Zhong bin Abdullah, Penolong Eksekutif Kebajikan YIDE, disaksikan Encik Izhar bin Arshad, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Melayu Subang.
 
YIDE turut menyeru masyarakat agar lebih berhati-hati serta meningkatkan kawalan keselamatan agar kejadian seumpama tidak berulang.