.

Banting, 4 Jun 2025 – Suasana penuh keceriaan dan kehangatan terpancar di kalangan peserta anak yatim terpilih apabila Kem Jati Diri Anak Yatim Selangor 2025 anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) berjaya dilaksanakan dengan penuh makna dari 1 hingga 3 Jun 2025 di Kem Baitunnur, Banting, Selangor.
.
Dengan tema “Menyemai Semangat, Membina Harapan”, kem ini bukan sekadar program biasa — ia menjadi ruang untuk anak-anak ini menggali potensi diri, menyuburkan jiwa, dan membina keyakinan yang mungkin sebelum ini terpendam.
.
Pelbagai aktiviti berimpak tinggi telah dijalankan termasuk:
.






.
Anak-anak ini bukan sahaja berpeluang berseronok dalam suasana alam semula jadi tetapi juga dibimbing untuk menjadi insan yang lebih kuat, positif dan yakin menghadapi masa depan.
.
YIDE ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menyokong secara langsung dan tidak langsung termasuk para fasilitator berdedikasi, pihak pengurusan Kem Baitunnur, dan para penyumbang budiman yang menjadi tulang belakang kejayaan program ini.
.
Kem ini bukan penutup, tetapi permulaan kepada perjalanan hidup yang lebih cerah untuk mereka