Skip to content

KUNJUNGAN HORMAT YIDE KE MASJID AL BUSYRA MERBOK

30 April 2025, Merbok – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah melanjutkan siri kunjungan hormat ke Masjid Al Busyra, Merbok, Sungai Petani, Kedah. Lawatan ini bertujuan untuk bertukar maklumat mengenai pengoperasian Masjid Al Busyra sebagai ‘one stop center’ dan sebagai penanda aras untuk kelangsungan pengoperasian Kompleks Asrama Yatim Pulau Indah yang akan dikendalikan oleh YIDE nanti.
.
Delegasi YIDE, yang diketuai oleh YBrs. Tn. Haji Mohd Salim bin Mohamed Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, diiringi oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE bersama tim Bahagian Korporat dan Bahagian Operasi Kebajikan YIDE telah disambut oleh YBrs. Ustaz Firdaus Firabib, Pengerusi Masjid Al Busyra serta berkongsi maklumat mengenai mekanisma pemasaran untuk pendanaan dan kaedah mewujudkan ‘unique selling point’.
.
Kunjungan hormat ini merupakan inisitif awalan untuk mewujudkan kebersamaan orang ramai dalam mendokong inisiatif-inisiatif YIDE untuk manfaat yang lebih besar kepada golongan sasar khususnya di negeri Selangor.