
Sungai Buloh, 23 April – Kejadian hujan berpanjangan disini seawal 3 pagi telah mengakibatkan banjir di beberapa kawasan termasuk Kampung Merbau Sempak dan Subang Bestari.
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera turun padang menyantuni mangsa-mangsa banjir. Antara pusat pemindahan sementara (PPS) yang disantuni YIDE adalah Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Dewan MBSA Seri Pagi, Dewan Kenanga dan Dewan Bunga Matahari U5.
Lebih dari 159 keluarga terkesan akibat kejadian banjir tersebut. Bantuan Kit Prihatin seperti baju, selimut, tuala, kain pelikat/batik, ubat dan berus gigi, serta kelengkapan kebersihan telah disalurkan bagi meringankan beban mereka yang diuji. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan YIDE dalam memastikan setiap mangsa menerima perhatian dan sokongan yang sewajarnya.
YIDE sentiasa komited dan peka terhadap keperluan mangsa banjir dari masa ke masa.