
Putrajaya | 23 April 2025
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Senator Dr. Zulkifli bin Hassan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Kunjungan ini diketuai oleh Pengurus Besar YIDE, En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, bertujuan untuk berkongsi peranan YIDE sebagai institusi kebajikan yang menyantuni golongan sasar di negeri Selangor, khususnya anak-anak yatim.
Dalam pertemuan ini, pihak YIDE turut memohon pandangan dan nasihat daripada YB Timbalan Menteri berkaitan pembangunan menyeluruh anak yatim serta menyatakan hasrat menjalin kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkasakan sektor kebajikan di Malaysia.
YIDE komited untuk terus menjadi peneraju dalam memperjuangkan kebajikan mereka yang memerlukan, selaras dengan misi kami untuk membina masyarakat yang lebih prihatin dan sejahtera.