
YIDE MENZAHIRKAN SETINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA PEGAWAI BAHAGIAN AUDIT DALAM, RISIKO DAN INTEGRITI (BADRI) – MOHAMAD SHAZWAN BIN MOHAMAD YUSSOFF, TELAH BERJAYA MENAMATKAN PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH (CEIO)
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menzahirkan Setinggi Ucapan Tahniah kepada Pegawai Bahagian Audit Dalam, Risiko dan Integriti (BADRI) – Mohamad Shazwan Bin Mohamad Yussoff, telah berjaya menamatkan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) dan menerima pengiktirafan rasmi dalam Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-11 Tahun 2025 yang telah berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 22 April 2025 yang lalu.
YIDE terus komited menjunjung standard tertinggi dalam aspek integriti dan tadbir urus. YIDE akan terus menyokong inisiatif nasional yang penting ini, sekaligus memperkukuh komitmen YIDE sebagai institusi kebajikan Negeri Selangor di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan berintegriti.