Skip to content

YIDE TAMPIL PRIHATIN, BANTU MANGSA BANJIR

YIDE TAMPIL PRIHATIN, BANTU MANGSA BANJIR

11 April Shah Alam – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera turun padang menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terkesan akibat hujan lebat sejak semalam di beberapa daerah di Selangor. Antara pusat pemindahan sementara (PPS) yang dituju YIDE adalah pusat pemindahan sementara (PPS), di Sekolah Kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam, Dewan Kenanga, Seksyen 28, Shah Alam dan Dewan Camelia, Putra Heights.

Bantuan Kit Prihatin seperti baju, selimut, tuala, kain pelikat/batik, ubat dan berus gigi, serta kelengkapan kebersihan telah disalurkan bagi meringankan beban mereka yang diuji. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan YIDE dalam memastikan setiap mangsa menerima perhatian dan sokongan yang sewajarnya.

YIDE sentiasa komited dan peka terhadap keperluan mangsa banjir dari masa ke masa.