Skip to content

YIDE Bantu Mangsa Kebakaran di Klang

13 April 2020, Klang : Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini mengunjungi keluarga yang ditimpa musibah kebakaran rumah pada Sabtu yang lepas di Taman Seri Pinang, Batu Belah, Klang.

Di dalam kesungguhan YIDE dalam usaha mengagihkan bantuan kepada Barisan Hadapan, YIDE tetap komited membantu mereka yang ditimpa musibah dan malapetaka.

Kunjungan YIDE ini diketuai oleh Md. Ariffin bin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE.

Penghuni rumah, Zulkefli Bin Jaafar berkata kebakaran berlaku dengan cepat dan hampir 90% barang kediaman hangus terbakar. Menurut forensik bomba, kebakaran berpunca daripada litar pintas di bilik tidur utama dan kerugian dianggarkan lebih RM 80,000.00.

Sumbangan yang disampaikan oleh YIDE kepada keluarga berbentuk barang keperluan asas dan wang tunai. Sumbangan Ad-Hoc ini diberikan kepada mangsa bertepatan dengan salah satu fokus utama YIDE membantu mangsa yang ditimpa musibah khususnya Di Negeri Selangor.

Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah/malapetaka di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian Hotline YIDE ;
017 756 9476.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranan YIDE, boleh menghubungi terus Ibu Pejabat YIDE di talian +603 – 5510 3931, email ke publisiti.yide@gmail.com atau layari : yide.com.my

#InfoYIDE #PrihatinKebajikanUmmah