YIDE TERIMA PENGHARGAAN KHAS ANUGERAH INOVASI – MEDIA MASSA TERBAIK DARIPADA MAIS

SHAH ALAM, 28 Februari 2020 - Yayasan Islam Darul Islam (YIDE) menerima penghargaan khas untuk kategori inovasi – media massa terbaik daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam satu majlis Bersama Pengerusi MAIS yang diadakan di Hotel Concorde baru baru ini. Penghargaan khas ini disampaikan oleh YAD Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi, Pengerusi MAIS. Dalam perkembangan yang sama, Encik Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE menzahirkan kesyukuran atas penghargaan khas yang telah diberikan kepada YIDE. “Sepanjang tahun YIDE telah melaksanakan beberapa program amal khususnya pencarian dana bagi disumbangkan kepada anak-anak yatim, pesakit dialisis dan bantuan musibah dana bencana alam. YIDE juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYTM Raja Muda Selangor, berkenan mencemar duli untuk menyertai program amal YIDE yang telah dijalankan khususnya pada tahun 2019.” “Tambah beliau lagi, program yang telah YIDE jalankan mendapat liputan media yang sangat menggalakan dan YIDE mengucapkan terima kasih atas kerjasama media cetak dan elektronik atas liputan berita yang telah dijalankan” “InsyaALLAH YIDE akan mengadakan program khas Bersama media akan datang bagi menghargai jasa pihak media atas sokongan dan dokongan kepada YIDE”

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *