SABAK BERNAM, 18 Mei 2019 - DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM54,400 kepada anak yatim di Masjid Taman Padu Permai.
.
Baginda bersama tetamu kenamaan lain yang tiba di masjid itu kira-kira jam 12.20 tengah hari terlebih dahulu menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid.
.
Baginda kemudiannya menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) membabitkan wang tunai RM100 kepada setiap 544 anak yatim bagi membantu meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri bulan depan.